2 Apr 2012

Tips apa perlu bila ouchimm?

Assalammualaikum w.b.t 

big hugs sebab sudi melawat sini ! keh..keh

Hari ni tyra nak teach korang apa perlu buat apabila korang ouchimm ! atau pun dalam bahasa melayunya selsema.hehe.(saja buat tajuk macam tu.hihi)





Anyway, entry ni diwujudkan kerana tyra baru ja sembuh daripada selsema. so,insyaallah tips yang tyra kasi ni boleh pakailah.amin.

1. buat sup ayam panas-panas

*google*


yang ni kalau selsema,pasti nikmat punya kalau makan kau-2.tak percaya?ko try dulu la yea..
tyra bagi resepi neh(resepi nenek moyang kut..hehe)

bahan-bahan 
  • ayam (seekor)
  • bawang merah (1 biji)
  • bawang besar ataupun bawang putih (1 biji)
  • halia (1 inci)
  • kayu manis (sebatang)
  • bunga cengkih (4 kuntum)
  • bunga lawang (2 biji)
  • buah pelaga (3 biji)
  • kentang (2 biji)
  • lobak merah (1 batang)
  • semangkuk air panas
  • (perasa sup)-lada sulah, garam,stok ayam,daun sup,daun bawang,bawang goreng*wajib
cara-caranya
  • Segala rempah direndam dalam air panas sehingga air tu jadi suam ok
  • bawang putih dan merah dikisar halusss...
  • halia ditumbuk lumat
  • # panaskan minyak(guna planta lagi sedap)
  •  tumis bawang yang dikisar hingga naik bau
  • Masukkan halia dan rempah yang direndam.(air rendaman rempah jangan buang lagi ok)
  • Masukkan ayam dan gaul sebati
  • Masuk air rendaman dan tambah lagi satu mangkuk air
  • Biar sup menggelegak macam gunung berapi jap
  • Pastu masukkan lobak, kentang, stok ayam,garam,lada sulah(ikut kretiviti koranglah)
  • Tutup api
  • Masukkan daun bawang dan bawang goreng.Tutup periuk supaya aromanya kekal abadi.hehe
  • Sedia dinikmati. Ingat makan panas-panas !
wow ! macam terer.tipu la aq.tyra nak buat ni pun buka  resepi lagi kut.hehe

2. Minum teh panas atau minuman panas

Tip kedua ni semua orang tahukan.dah selsema tak kan nak menyeksakan diri lagi minum air sejuk. tapi tyra bila kena selsema,minum teh BOH adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga.cehh.da feel gituu.

3. Breathe fresh air.

Keluar jalan-jalan. pergi taman kea, pantai kea. paling simple keluar dekat halaman rumah cukup rr. Hirup udara segar sepuas-puasnya.jangan jadikan sakit yang Allah uji ini sebagai bebanan.ambil rasa sakit tu sebagai nikmat untuk berehat.ok?take time and rest.

4. Makan ubat

Macam kureng jea.hehe.yang ni paling-2 penting.makan ubat seperti yang disyorkan doktor.jangan pakai ikut suka hati jea.nanti lambat sembuh mulalah nak melenting. relax-2.ubat ja pun.bukannya mati pun kan?

5. Tidur secukupnya





Bagi manusia-2 yang spesis burung hantu macam tyra ni kan,kena banyak-2 bertaubat dululah. tidur awal sikit,baru badan boleh berehat dengan sebaiknya.baru cepat sembuh.kan..kan..kan..?


nota cinta*just see and try.jangan tengok saja
itu saja daripada tyra,gud luck dan tyra doakan siapa yang sakit tu moga cepat sembuh yea.amin.

bye !

8 comments:

..commentHtml/>

Assalammualaikum!
Komen di sini OK!
Thanks sudi blogwalking ^_^

 
 photo q13_zpsop67oge3.png