5 Sept 2015

Bercuti di Bali Indonesia

Assalammualaikum dan hye semua !

Dalam masa tak kurang 24 jam aku akan berangkat ke shah alam dan berakhirlah cuti sem yang bahagia ni. Sebabnya first time cuti sem lepas raya so aku berayalah selama 2 bulan hehe. Best puas raya bila cuti semester masa degree ni. Masa diploma dulu cuti raya dalam 6 hari pastu terus rushing nak balik perak dah. U know bertapa sedih dan targisnya cuti raya sekejap ja?? 

Back to the topic, aku sebenarnya nak sharing sedikit sebanyak percutian  bersama family masa awal bulan June hari tu. Berkurun dah boleh jadi sejarah barulah nak share yee.First dengar mak cakap booking tiket ke Bali aku just fikir permandangan laut dan orang putih berjemur dekat tengah panas.Tapi bila sampai ja sana takdala aku selalu nampak mat salleh seksi merata2 cuma dekat satu tempat dekat Pantai Padang tu ja aku nampak scenery tu.hehe. Nasib la adik dan ayah tak join turun pantai kalau tak untung lah tambah dosa eh. Cuaca sepanjang dekat sana sentiasa panas,tak hujan pun lebih kurang cuaca kat Malaysia ni jugak cumanya waktu kat gelap awal sejam dari Malaysia. 



Biru sangat!! i loike biru ^^




Rasa di awang-awangan gitu.

Pantai yang betul-betul menghadap lautan china selatan. Sangat luas dan berangin. Sampai mak risau sangat bila adik bongsu nak datang dekat tebing. Takut jatuh gaung mampus jadi kes plak kan. Kat sini memang heaven gila dengan birunya dengan anginnya. Tapi bestnya datang masa tengahari so memang abis burnlah aku sebab tak pakai langsung sunblock. Just semata-mata dengan bb krim ja. Bila dekat bali tak sedar pun muka dah gelap, bila dekat kelas baru orang tegur muka dah gelap. See bertapa aku menghayati gila permandangan dekat bali sampai tak care langsung diri sendiri.hehe. 


Ini lah dinamakan dengan Pantai Padang. Memang padang sangat dengan mat salleh yang seksa you know!! Kalau kita orang bertudung ni memang sangat terpelik sangat bila kita jalan-jalan kat depan tu. Sebab memang tiada satu pun manusia yang bertudung dekat sini, SUMANYA FREE ;-D so beware lah siapa2 yang datang dengan husband or kawan lelaki bagi tahu siap2 dekat driver or supir skip pantai ni.hehe



Dekat bali ni memang sangat terkenal sangat dengan temple hindu atau pun dipanggil 'pura'.Family tira just melawat satu ja 'pura' sebab supir ni pun orang islam so dia cadangkan pergi pantai , kawasan sawah dan Uluwatu iaitu salah satu tempat sejuk di Bali.Kat Uluwatu ni lebih kurang sejuk macam Cameron Highland jugaklah cumanya tiada teh ja. Kat Uluwatu ni famous dengan mayat gunung berapi. Tapi mak tak kasi tengok tempat2 mayat ni takut jadi apa2 kan. Lagipun tempat dia agak menakutkan..huhu. Tapi seriously, aku rasa nak tengok sebab mesti adventurekan tengok mayat real2 depan mata. Omg..tengok ceta hantu pun takut inikan plak nak tengok mayat. Tapikan aku biasa dengar cerita daripada cikgu geografi aku yang jadinya gunung berapi tersebut disebabkan Allah nak lenyapkan agama hindu dekat situ. Wallahualam. Sumanya mesti ada sebab musababkan?
Sampai sini dulu cerita pasal Bali nie. Be continue next episod ya. Haa dah macam cerita tv dah tira nie. In sha Allah jikalau diberi nafas dan nyawa untuk beribadat lagi.   Tira mau tido dulu esok nak gerak dah ke Shah Alam. Ingat niat belajar bukan kerana ilmu, tetapi kerana Allah.Nak tak nak pasni memang tak bole dahla nak goyang kaki , tengok tv sambil makan maggi. Itu pantun k. Doakan tira untuk semester 3 degree nie. Tup..tup dah abis dah sem. Kejap ja belajar nie kan? Waktu belajar nilah paling best u know. Time kerja nanti komitmen dia lain macam sikit. kan-kan sifu sekalian? Bobye uoallss 
 
 photo q13_zpsop67oge3.png