6 Jun 2016

Inspiration


Assalammualaikum

 
Post ni saya ambil daripada fb. Iaitu seorang founder skincare Furaiha. Ambil positif dan keep move on ! 
SEBENARNYA SAYA DAH SANGAT PENAT .
Ini kisah saya .
Orang selalu tanya Fara kenapa kurus ? Diet ke ? Kenapa makan banyak tapi maintain je kurus bahkan lagi kurus ? Saya tak pernah diet or what so ever you call it .
Never...
.
Okaylah saya cerita , I had depression and it was very severe . Dah parah sangat sampai I've lost lots of weight . It started when I was 17 years old waktu saya mula2 gagal dalam hidup . My very first 'failure' but for me I believe it was a reborn .
.
I lived a life where people have very high expectation on me , like seriously high to the limit that I can no longer bear .
.
Saya ada matlamat yang besar dalam hidup , sudah plan nak jadi doktor belajar luar negara dan takmau balik Malaysia dah lepas habis belajar . Nak duduk sana je kahwin and live a free life . Tapi mujur dapat hidayah awal , pemikiran bertukar 180 darjah . Pernah jadi model selipar jepun dulu tapi dah bersara sebab suam-suam kuku tak laku haha .
.
Okay then this happened , saya pernah belajar perubatan di Rusia dan saya berhenti . Waktu tu segalanya seems sangat kelam sebab tetibe saya ada hutang biasiswa yang sangat mahal . Saya rasa macam tercampak hidup di negera yang sangat bebas , that was once I dreamt of . Saya dapat benda tu pada waktu saya dah tak nak tu semua lagi . So it was very hard to survive .
.
I failed and people talk . I failed again and people keep talking and never stop . Otak tak boleh digest semua benda ni dan saya susah nak adapt .
.
Saya masih ingat muka-muka yang support saya throughout the journey and of course I remember those who put me into all these 
Nama saya rosak dan buruk .
Bahkan buruk dan bertambah buruk .
Spread all over ..
Saya terpaksa berhadapan dengan keadaan saya difitnah berkali-kali sehinggalah hari ini . Ya saya pernah difitnah banyak kali , no wonder hukuman kepada penfitnah itu sangat berat dalam Islam kerana fitnah itu membunuh maruah dan peribadi seseorang .
Apa kesan fitnah ?
It kills...
.
Sejak itu , saya lebih suka tidak dikenali . I chose to be unknown . Hanya orang yang kenal saya , tahu saya macam mana . No pictures online , no info about me , no nothing . I hate to be the center of attention , and never asked for it . Saya sudah hilang keinginan untuk bercantik-cantik , shopping and all as I know that is NOT the real happiness .
Chanel handbag
Travel satu dunia
Duit berkepuk
That is surely not the defination of HAPPINESS . Kebahagiaan itu adalah apabila kita membahagiakan ibu bapa , menerima diri kita sendiri dan yakin dengan Allah .
We dont need satu juta untuk bahagia .
Kita cuma perlu buat ibu bapa kita tersenyum sebab kita , itu dah namanya bahagia ...
.
Kenapa post gambar result dan kenapa share cerita ni ? And do you know how I survived this deeply sorrow depression ?
.
Saya berhenti membandingkan hidup saya dengan orang lain . With that I'm happier .
Saya berhenti menjalani hidup dengan memenuhi expectation orang pada saya tapi hanya menjalani apa yang Allah inginkan . With that I'm happier .
Saya berhenti judging orang because I know the feeling of being misjudged . With that I'm happier .
Saya tidak terkesan dengan segala nikmat dan kelebihan orang lain yang ditayang di media sosial , because it's a fake world , we only show the good side of us  With that , I'm happier .
Saya berhenti berfikiran negatif . Cuba melihat segala ada hikmah . With that I'm happier .
Saya berhenti persoalkan kerja Tuhan . Tidak meletakkan tanda soal bila Allah sudah meletakkan titik . With that I'm happier .
I've survived this battle and I post this as I know lots of my friends are dealing with depression . Everybody deserve to be happy . People starts to pay attention bila saya mula buat duit ?
.
Jangan rasa bila tak pandai , kamu useless .
Jangan rasa bila tak belajar tinggi , kamu useless .
Jangan rasa bila tak ada banyak duit , kamu useless .
Jangan rasa bila tak cantik , kamu useless .
Tidak ada sesuatu hal yang Allah ciptakan itu useless . Yang rubbish itu pemikiran kamu , bukan dirimu .
Kena jatuh teruk dulu baru ada momentum nak naik ke atas  Biasanya kejatuhan yang amat teruk akan menjadikan seseorang itu sangat berjaya sebab susah nak dipatahkan semangat orang yang dah diuji hebat .
Setakat ujian kecik-kecik dia senyum je ,
.
Kegagalan adalah guru terbaik dan saya bersyukur untuk gagal awal-awal . Ada orang lepas hidup smooth kemudian gagal dalam perkahwinan atau gagal dalam berkeluarga . I think that could be worse . Itu ujian pada orang yang lebih kuat , be strong .
.
So get up , be brave , be positive and fight .
.
.
Remember , only toughest battle for the TOUGHEST soldier .
Click like and share if you find this is inspiring .
‪#‎founderFURAIHA‬

06-06-2016
Ramadhan Kareen Uolss!! Selamat bersahur. Semoga Amal iBADAH kita makin meningkat di bulan ramadhan. 

13 Apr 2016

Cara Hilangkan Iklan Wajam

Assalammualaikum

Perasan tak bila online atau blogwalking mesti jumpa iklan wajam yang akan keluar disetiap gambar yang disentuh. So bagi tira iklan ini amat menyakitkan mata bagi mata berdarah ajaa.hehe.


Apa itu wajam? 
Wajam adalah mesin pencari plugin browser yang diinstal pada komputer melalui program freeware pihak ketiga. Wajam mengubah aturan browser kita, seperti mesin pencari default , tanpa pengetahuan kita . Wajam dianggap sebuah adware untuk tujuan iklan. Banyak pengguna telah melaporkan bahawa sejumlah besar Wajam pop-up mempengaruhi pengalaman penggunaan mereka. (pakcik Google)

Means, aplikasi ni di download secara automatik dan tanpa disedari kita. So sebenarnya iklan ni tak faedah pun pada kita. Kita tak dapat sesen pun. So better buang lah. Daripada mata terluka melihatnya baik hapuskan ! huhu

Cara hapuskan Wajam? 

Cara mudah menghilangkan wajam ads dari browser ialah melalui control panel komputer. 
Klik Menu > control panel >uninstall program dan cari aplikasi wajam lalu klik kanan dan pilih uninstall. Selesai. 
Yang pasti selepas buang mata anda akan tidak berdarah lagi ^_^


2 Apr 2016

#Alhamdulillah Menang Give Away FEB-MAC Giveaway

Tiba-tiba hari ni rajin nak blogwalking tengok-tengok.


Rezeki. Alhamdulillah. Jom check giveaway yang dah join. Mana tau terlepas pandang. hehe

31 Mar 2016

Travel Ke Padang Indonesia

Assalammualaikum 

Yup, cuti sekolah hari tu tira pergi indonesia dengan family tira. Macam biasalah selalu dengan family kesayangan. Tapi kali ni pergi dengan gurgulzz2 saja. Mak dan adik-adik tira ja follow yang lain semua tak dapat cuti,kerja. Ni pun telah pun berlalu seminggu yang lepas,sebab tu tira kasi  tajuk throwback.


Suasana di pasar dan mall di Jam Gadang. Memang ramai orang dan meriah.
 Iklan selfie dilwale warna-warni jap. 
 Pada yang gila kerepek pedas,kerepek segala kerepek la kan wajib singgah kedai kerepek nie. Memang berderet ja. Makan la puas-puas. Nak try satu-satu semua pun bole. Memang semua free dan layanan terbaik.

Tak pasti ni kerepek apa. Tapi menarik gila.

 Bergambar depan Jam Gadang yang popular di Padang. Orang kata mercu tanda gituu. 

 Wajib try jus durian belanda dan jus avocado. Memang jadi feveret mak kalau pergi indonesia. Tira pulak jatuh cinta dengan Jus Durian Belanda. Fully blend ok bukan cair-cair cincai ni.Tapi dengan harga yang murah. Yang ni i loike.

My lovely sis yang bambam :-P

 Senyum kambing di atas Jambatan yang bersambuang antara zoo dan zoo seberang. Serius zoo benteng memang luas kalah zoo negara.hehe. Tak penah lagi pergi zoo dengan bayaran RM3 (dalam rupiah tira tak ingat).
 Bandar pandang yang padat dan yang bestnya banyak masjid dekat-dekat. Nampak dekat situ sebagai 'Serambi Mekah'. Satu yang menarik dekat sini, setiap pagi akan kedengaran bacaan Al-Quran dan pada waktu malam memang kedai kebanyakkannya awal yang tutup kecauli mall.
 Rumah Minangkabau ni dalam Zoo Benteng tau. Macam-macam spesis binatang ada. Dan memang puas kalau jalan-jalan sampai nak tercabut kaki.


 Air Terjun Lembah Anai yang femes dekat Padang. Tepi jalan on the way nak ke Bandar Padang. 

Yeayy nak balik dah. Tapi flight delay setangah jam masa ni so apo lagi bergambo jap.

# Throwback Travel Ke Padang Indonesia

20 Mar 2016

First Award From Zulfa Online Diary

Assalammualaikum.

First nak cakap, Alhamdulillah untuk award ini. Acewaahh dah macam award meletop era dah. siap ada dua orang pemenang lagi.hihi.  Semuanya sebab tira la join segmen ni saat2 akhir semalam. Maafkan saya eh baru semalam line internet available dekat kolej. Sebelum ni pakai YES macam siput mati ja.Btw, ini semua hasil kreatif Leya Yeolly jugak yang mencantik dan mewujudkan blog idaman gituu. Tu pun sebab menang giveaway jugak tau. Alhamdulillah syukur rezeki dariNya. Kalau berkenan untuk mengedit blog bolehlah tempah pada Leya ok. Konfem korang akan puas hati. Insha Allah. 


15 Feb 2016

Nervous !

Assalammualaikum


Sorry sesangat aku lambat membalas blogwalking korang2 semua eh. Line tenet macam siput ja tak tahu napa. Btw, hati ni nervous gila nak dekat 18 hb ni. Sebabnya dah nak keluar result final semester dah !! 3 hari ja lagi. Buat student uitm be alert ya. 18 hb ni keluar result wehh !!

Tak nak bebel banyak. Yang mana suka giveaway jom join jom. Tengok dekat recent post yang gerak-gerak tu ok !

9 Feb 2016

Wajah baru by Leya Yeolly

anime, nice, and anime girl image

Assalammualaikum

Langkah baru, wajah baru !

Hari tu tira ada cakap tira dapat edit percuma dari someonekan ? Yeayy akhirnya dah siap ! Actually dah lama dah siap tapi tira pergi bercuti so takda masa nak buka blog. Tira just tengok dekat phone ja. Tapi tu pun dah tengok cantik dan kemas sangat. Thankyou sangat Leya Yeolly sebab hasilkan masterpiece yang sangat comel dan tira suka sangat lebah-lebah terbang tu. hehe. 

So yeay nilah blog baru tira dari top to footer hasil kreatif dari Leya. Bole tengok sini . Puas hati sangat ! Walaupun edit percuma layanan Leya memang tip top ! Kena tahu tema dan header tu nak letak gambar atau word sahaja. Then tira ingat Leya terer buat doodle tu request tu. Tapi akhirnya Leya dengan gigihnya sedaya upaya buat jugak. Aiyaa..makasih sangatt !! Love dekat part doodle tu siap ada kamera   dan maggi ke tu haha macam tahu-tahu ja tira suka  makan dan minat ambil gambar. So nice dan lovely 



Sangat kemas dan cantik. Tira like3 Korang kalau nak edit blog atau nak buat blog untuk perniagaan bolelah tempah pada Leya Yeolly  Memang senang pakai denim template daripada classic template. First iklan dah bole up. Kedua officially design blog kita sendiri dan lebih semangat nak post entry. 

3 Feb 2016

Kemenangan yang tak disangka !

Assalammualaikum blogger tersayang dan tercinta !

Well sekarang ni tira tengah puas bercuti semester sehingga akhir bulan 2 ni. Sebab tulah tengok tira rajin ja nak membalas blogwalking,join segmen, join giveaway. Lepas ni takda la nak nampak tira kat blog nie. Bayang pun tak. hehe. So dah cuti takda buat pa sangat dari buang masa kita join la giveaway k segmen. Sekurang bole tambah ilmu dari penulis blogger ni dan yang beshhh nya dapat ganjaran yang tak disangka. Feeling dia macam dapat hadiah cabutan bertuah kut!! Happy sangat macam terlompat2 atas katil. Bukan macam dah memang dah terlompat dah pun -_- hehe

First tira menang giveaway ini dan blog ini menjadi bloglist untuk Blog Aisyhah Nyais. Yang tak sangka tu ramai kut yang join dan terpilih untuk masuk bloglist ecah. Alhamdulillah. Rezeki orang bercuti kut.hehe.

   http://apple-crunchh.blogspot.my/


Dan..dan..dan yang paling beshhnya kan tira dapat peluang diedit untuk 'ong' kedua iaitu dalam give away by Leya Yeolly. Boleh tengok sini
  http://leyastorymory.blogspot.my/2016/02/pemenang-untuk-segmen-bersama-leya.html

Tahniah?? haishh ni excited nie. ^_^ 

Alhamdulillah..bole lah merasa blog diedit tanpa template classic. Bukan apa sebabnya dengan template classic ni first orang tak boleh komen, just dekat chitchat ja. Then, satu lagi nak buat refund iklan Adsense tak boleh. Tu sadis tu. Bukan tak best blogskin..besh memang beshh tapi terhad kita nak edit. Tak sabornya nak dapat wajah baru untuk blog nie. Akak manis Leya ! thankyou yer sebab anjurkan giveaway ni. Love you ! 

Moral of story : Just join giveaway dan tawakal. Rezeki kita ada ja dimana-mana cuma di tempat berbeza-beza ^_^ Say Alhamdulillah ! 

1 Feb 2016

Review LA Girl HD Pro Concealer dan tip hilangkan Eyebag

Assalammualaikum

Welcome to February! Tahun ni tahun lompat tau. Iaitu tahun yang ada 29 hari bulan. Tahun special sebab orang yang tarikh lahir 29hb sambut 4 tahun sekali jer. Kecian kan??tapi bukan tiralah..hehehe. Hari ni bukan nak fokus pada February tau tapi tira nak share review satu product yang mungkin boleh tolong orang-orang yang bermata panda macam tira nie. Tapi tira punya eyabag taklah macam bengkak teruk just ada tapi tak ketara. Tapi still eyebag tu buat kita nampak macam  sakit kan? Aku pun tak tahu bila dapat eyebag tahu jer dah da. Mulanya buat tak heran ja last bila adik sendiri tegur macam orang sakit tak seri katanya. Sebab tulah tira tercari-cari concealer untuk menghilangkan eyebag.

  
  At first, tira ada beli concealer maybelline dekat Watsons dengan harga bawah RM20. Murahkan??



Pernah tak bila kita pakai concealer untuk hilangkan eyebag ataupun dipanggil dark circle dan bila tengok cermin bawah mata tu macam kelabu asap atau terlebih putih tak neutral? Pastu rasa ketara lagi adalah eyebag tu. Dari biasa ja eyebag terus nampak lagi teruk sebab concealer tu jenis tebal dan tak neutral pada kulit bawah mata yang gelap. Gelap campur putih makanya jadilah kelabu. hehe

So tira pun survey dan survey rupanya kulit asia , kulit melayu macam kita ni perlukan corrector untuk meneutralkan warna kulit dan concealer yang hendak diaplikasikan tu. So tira beli corrector LA Girl HD Pro Concealer Orange dengan harga RM25. 


 Mudah digunakan sebab ada bulus2 

 cara aplikasi concealer yang betul

 Cara yang betul untuk aplikasikan corrector dan concealer

Salah satu video kasih sayang dari youtube. Boleh nampak kan beza tanpa corrector dan dengan corrector 
Corrector orange bila apply memang pelik macam tu tapi bila dah blend neutral ja !

Kiri: with corrector orange Kanan: tanpa corrector
kanan tu macam kelabu sebab more pigment 

P/S : That all for today. Kalau rajin kita bagi tip lain pula yer 


 
 photo q13_zpsop67oge3.png